lagu untuk idola

Kau Ku Nanti

verse 1
Ku menanti
Hadirmu dalam hidupku
Sempurna nafas nadi ku
Noktahkan penantian ini…

verse 2
Terus menanti
Tawa dan tangis mu
Mengisi sepi ku
Walau ku tahu

C/O
Rahsia ini
Tak dapat aku selami,
Selami kedalam jiwa
Jiwa cari makna rahsia…
Cinta ini….
Tercipta sekian lama….
Ku mengharap
Di kurnia cinta…

verse 3
Perit ini…
Meski tiada siapa tahu
Ku biarkan waktu berlalu
Penjara sepi ku di sini

verse 4
Tetap menanti
Ku dikurung waktu
Namun aku pasti
Hanya kau yang tahu

C/O
Rahsia ini
Tak dapat aku selami,
Selami kedalam jiwa
Jiwa cari makna rahsia…
Cinta ini….
Tercipta sekian lama
Ku berharap
Di kurnia cinta…

Bridge
Dalam diam ku merindu
Tanpa sedar ku tersenyum
Tutup luka tiada siapa pun yang tahu

C/O
Rahsia ini tak dapat aku selami,

Cinta ini….
Tercipta sekian lama kasih…
Ku berharap tiba kurnia cinta…

Kau ku nanti

song/lyrics : Chedd Eddie Yusoff
Sri Damansara 13 November 2016

Advertisements

Singgung 

Anak cina main sepak raga,

Terlebih seronok jatuh tersadung,

Kata dan tutur harus di jaga,

Takut ada hati tersinggung.
Terkinja-kinja mengalahkan kera,

Tercungap-cungap tak petah berdiri,

Kalau sedar, mohon lah maaf segera,

Kalau tidak muhasabah lah diri…
Genting Sempah 

7 am

Lima Saat … Dari Jauh

kala ku pujuk rajuk dihati
kerana ku sepi tiada lagu
kala hati merundung sepi
kau jelma bagai mimpi baru

lima saat panah ke hati
sinar matamu tusuk mataku
lima saat dunia terhenti
pandangan jauh ubati rindu

ini nukilan ubat rinduku
kerana ku tahu kau tidak tahu
betapanya aku mahukan kamu
walau ku tau kau tak kan mampu

hanya ku mampu mengharapkan mu
agar datang dekat dengan ku
hanya ku mahu kau hanya untuk ku
walau ku tahu kau bukan milikku

kerana itu ingin ku mengemis
secebis rasa dari hatimu
kerana aku tak mahu menangis
kala ku sepi tiada lagu

ingin ku jerit kepada dirimu
walau ku tau tak kan ku mampu
pandanglah ke sini, senyum padaku
walaupun lima saat … walaupun dari jauh…

chedd eddie yusoff

July 3rd 2008